Pengenalan

Posted by Firdaus Abd Rahman





MUQADDIMAH

Firman Allah SWT:

“Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu daripada jiwa yang satu (Adam), dan telah menciptakanya pasangan dan telah memperkembang-biak daripada kedua-duanya lelaki yang ramai dan perempuan, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu sering berdoa kepadaNya dan takutlah daripada terputuslah tali silaturrahim. Sesungguhnya Allah sangat mengawasi (segala perbuatan hamba-hambaNya.)”


Sabda Rasulullah SAW:

“Apabila mati seorang anak Adam maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara" :
1. Sedekah Jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua-duanya”



Rasional:

1. BKKR ini adalah merupakan suatu usaha untuk merapatkan hubungan silaturrahim keluarga (anak,cucu,cicit,menantu) Lebai Abd. Razak Bin Ahmad

2. Badan ini telah berjalan semenjak awal tahun 1990an. Alhamdulillah usaha ini telah dijalankan setiap tahun sehinggalah ke tahun ini 2007 (1428H)

3. Keperluan maklumat keluarga sangat penting untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan menjaga kebajikan keluarga

4. Di samping itu dapat meningkatkan tanggungjawab untuk melahir serta mendidik generasi yang soleh dan solehah


Aktiviti:

1. Perjumpaan tahunan

2. Ziarah

3. Sumbangan kebajikan dan khairat musibah

4. Mesyuarat berkala jawatankuasa

5. Infaq fisabilillah

6. Projek ekonomi dan kemasyarakatan

7. Program motivasi

0 comments:

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin